Latihan Membuat Penanda Buku

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2019 yang lalu, kami telah mengadakan aktiviti membuat petanda buku menggunakan aplikasi Canva.com. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 7 orang peserta telah menyertai aktiviti ini yang bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana membuat penanda buku menggunakan aplikasi percuma di internet. Aplikasi Canva.com menyediakan pelbagai reka bentuk dan lakaran untuk dipilih. Para peserta telah diajar untuk memilih reka bentuk penanda buku yang sedia ada dan menyuntingnya mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali